fbpx

Jangan ambil sebarangan ubat untuk rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil ubat-ubatan tertentu seperti Aspirin dan Prednisolone bagi merawat jangkitan Covid-19.

Pakar bius dikenali sebagai Dr. Hana Hadzrami berkata,kesan sampingan daripada pengambilan ubat yang salah bukan sahaja membahayakan pesakit malah mengundang risiko kematian.

“Saya sedih dengar ada sebahagian kecil doktor di luar sana memberi rawatan Covid-19 secara suka hati tanpa memikirkan akibat daripada preskripsi ubatan mereka.

“Mereka tahu rawatan untuk Covid-19 kategori berbahaya sebahagiaanya adalah anti-viral, anti-radang dan anti-pembekuan darah. Jadi, mereka beri rawatan itu daripada klinik,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Katanya, apa yang membimbangkan ialah doktor itu memberi ubat yang salah kepada pesakit yang salah pada masa yang tidak sesuai.

“Ubat yang diberikan itu langsung tidak sama dengan rawatan sebenar diperlukan pesakit.

“Saya tahu ada kes seorang doktor memberi steroid berdos tinggi kepada ahli keluarga sendiri yang baru dijangkiti Covid-19 kategori dua, pesakit tahap itu sebenarnya tidak memerlukan apa-apa rawatan lebih-lebih lagi steroid,”ujarnya.

Menurutnya lagi, pemberian ubat streroid mampu mengundang pelbagai kesan sampingan kepada pesakit.

“Jika diberi pada fasa viraemia, ia boleh menggalakkan pembiakan virus berpuluh kali ganda, pesakit boleh meninggal kerana jangkitan virus melampau.

“Benar, ahli keluarga boleh meninggal tanpa sempat untuk dibawa ke hospital,” katanya.

Dr. Hana menambah, ada juga kes orang ramai yang tidak mahu divaksin tetapi mengambil ubat anti-parasit hingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Beliau turut menggariskan sebanyak lima jenis ubat yang disifatkan sebagai bukan ubat-ubatan untuk merawat Covid-19 seperti Prednisolone, Aspirin, Azathioprine, Doxycycline dan Azithromycin. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI