fbpx

Debut Messi di PSG menentang Reims

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Neymar untuk aksi pertamanya bersama PSG ketika menentang Reims awal pagi semalam. – AFP

REIMS, Perancis – Lionel Messi turun membuat debut bersama Paris Saint-Germain (PSG) apabila dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Neymar pada minit ke-66 ketika menang 2-0 ke atas Reims dalam aksi Ligue 1 awal pagi semalam.

Ini adalah kali pertama Messi, 34, bermain dalam mana-mana perlawanan kompetitif bersama pasukan lain selain Barcelona selepas berhijrah menyertai PSG secara percuma dengan kontrak selama dua tahun awal bulan ini.

Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino menjelaskan, pemenang enam Ballon d’Or itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama kerana masih belum mencapai tahap kecergasan terbaik untuk aksi tersebut.

“Saya sangat gembira kerana melihat Messi membuat debut bersama pasukan ini. Ia amat penting buat Messi biarpun dia masih belum berada pada tahap terbaiknya.

“Dia pastinya akan kembali ke prestasi sebenar selepas cuti rehat antarabangsa dan ketika itu barulah saya mengharapkan yang terbaik daripada Messi,” katanya.

Meskipun tidak banyak mela­kukan impak buat PSG tetapi penampilan Messi awal pagi semalam berjaya mencipta feno­mena tersendiri sehingga mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong Reims ketika dimasukkan pada minit ke-66.

Bukan itu sahaja, penjaga gol Reims, Predrag Rajkovic turut meminta Messi untuk bergambar dengan anaknya selepas tamat perlawanan tersebut.

Kehadiran kapten Argentina itu secara tidak langsung membayangi kecemerlangan Kylian Mbappe yang meledak dua gol pada minit ke-16 dan 63, sekali gus kembali melonjakkan PSG ke tangga teratas Ligue 1 ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI