fbpx

Bina kubur tepi jalan elak penduduk buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kubur tersebut dibina untuk mengelakkan penduduk daripada membuang sampah merata-rata. – Instagram @kabar_klaten

JAKARTA – Penduduk daerah Klaten dalam wilayah Jawa Tengah mempunyai cara unik untuk menghalang orang ramai membuang sampah merata-rata  iaitu dengan membina sebuah kubur di tepi jalan berhampiran sungai, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Kubur yang lengkap dengan taburan bunga dan batu nisan itu adalah  simbolik dalam bentuk protes agar masyarakat setempat bersikap lebih bertanggungjawab dan tidak membuang sampah di kawasan tepi sungai itu.

“Kubur ‘arwah’ sampah,” tulis satu papan tanda di tepi kubur tersebut.

Gambar kubur itu dimuat naik di Instagram dengan ada antara netizen yang memberitahu bahawa lokasi tersebut sering menjadi tempat pembuangan sampah.

“Sering terlihat banyak sampah dibuang di tepi sungai itu,” tulis seorang netizen.

“Mungkin pemerintah setempat perlu menyediakan kemudahan khas untuk membuang sampah,” komen seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN