fbpx

Tun Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Tun Sakaran selamat dikebumikan di Makam Pahlawan hari ini. Foto: IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai selamat dikebumikan di Makam Pahlawan pada pukul 11.45 pagi hari ini.

Jenazahnya tiba di pekarangan Makam Pahlawan pada pukul 11.15 pagi dan upacara pengebumian selesai kira-kira 30 minit kemudian.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Allahyarham Sakaran meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah dan 12 orang anak.

Terdahulu, Sakaran disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 pagi tadi akibat Covid-19.

Perkara tersebut disahkan oleh anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran ketika dihubungi pagi ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI