fbpx

Tiga wanita tipu urus niaga produk kecantikan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Tiga wanita ditahan kerana disyaki menjadi dalang penipuan bagi urusan pembelian produk kecantikan membabitkan kerugian kira-kira RM25,000 di negeri ini sejak tiga tahun lalu.

Mereka juga didakwa terlibat dalam penipuan dengan cara mempelawa mangsa menjadi rakan kongsi perniagaan serta ruang pameran produk kecantikan jenama sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar memberitahu, kesemua wanita tempatan berusia 28, 31, dan 53 tahun itu ditahan di sini dan Pendang dekat sini antara 17 hingga 22 Ogos lalu.

“Kita percaya penahanan ketiga-tiga suspek terbabit berjaya menyelesaikan 14 kes menggunakan modus operandi sama.

“Kes-kes tersebut dipercayai berlaku antara 2018 hingga tahun ini dengan mereka disyaki menjalankan kegiatan tersebut di laman media sosial, Instagram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan ketiga-tiga individu berkenaan memiliki hubungan kekeluargaan dan individu lain yang menjadi mangsa penipuan suspek diminta tampil membuat laporan polis. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI