fbpx

Ismail Sabri sampaikan perutusan Hari Kebangsaan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster perutusan Hari Kebangsaan 2021 oleh Perdana Menteri malam ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan perutusan khas sempena Hari Kebangsaan 2021 esok.

Perutusan tersebut akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen serta menerusi ‘Facebook Live’ kira-kira pukul 9 malam ini.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan, sambutan Hari Kebangsaan 2021 hanya akan berlangsung selama kira-kira 55 minit susulan kebimbangan trend penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Mazlan Abdul. Mutalib berkata, tempoh terhad itu bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Selain itu katanya, setiap ruang dilalui peserta disembur bahan nyah cemar setiap dua jam bagi memastikan lokasi sentiasa bersih.

Tambah Mazlan, hanya peserta yang sudah lengkap dua dos vaksinasi akan terlibat dan sambutan tahun ini juga mengekalkan tema sama tahun lepas iaitu Malaysia Prihatin.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI