fbpx
- Warga emas bernama Wakid mengayuh beca setiap hari di usia mencecah 110 tahun. - TikTok

Atuk berusia 110 tahun gigih kayuh beca cari rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang warga emas dari Blitar, Jawa Timur menarik perhatian di media sosial apabila masih gigih mengayuh beca walaupun berusia 110 tahun demi sesuap nasi, lapor Tribunnews, semalam.

Rakaman video memaparkan lelaki bernama Wakid itu dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh salah seorang penumpang yang bertanya tentang kehidupannya.

Menurut Wakid, dia akan keluar mencari pelanggan setiap hari dan hidup sebatang kara selepas kematian isteri.

Mengaku memiliki beberapa orang anak, namun mereka semua tinggal di bandar berbeza dan bekerja di sana.

“Saya tidak mempunyai tempat tinggal, hanya menumpang tidur di rumah ketua kampung. 

“Setiap hari saya keluar mencari pelanggan tetapi sejujurnya, jika ada yang mahu naik beca, saya hanya mampu menolaknya kerana tidak kuat untuk mengayuh seperti biasa,” kata Wakid.

Tambahnya, walaupun sudah lanjut usia, dia masih bersemangat keluar bekerja untuk mencari rezeki.

“Masih semangat asalkan lepas untuk sesuap nasi,” katanya. – Agensi