fbpx

JKKP siasat pekerja buruh maut ketika tukar bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Perusahaan Prai di Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang menyita secara fizikal kawasan sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Prai di sini bagi siasatan lanjut susulan seorang pekerja buruh am yang maut ketika kerja menukar bumbung, kelmarin.

Pejabat Pengarah JKKP negeri dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu bagi memastikan tidak berlaku kejadian kacau ganggu untuk siasatan lanjut pihaknya.

Menurut kenyataan itu, satu Notis Larangan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atas kesalahan gagal menyediakan sistem kerja selamat bagi kerja-kerja penukaran bumbung sehingga menyebabkan kemalangan telah dikeluarkan.

“Majikan juga diarahkan untuk menyediakan dokumen tambahan bagi membantu proses siasatan lanjut dengan kadar segera.

“Tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi apabila seorang pekerja buruh am warga tempatan terjatuh dari bahagian bumbung pada ketinggian kira-kira 5.5 meter.

“Ketika kejadian mangsa berusia 45 tahun sedang melakukan kerja-kerja menukar bumbung jenis zink di bahagian belakang bangunan pengeluaran kilang tersebut.

“Mangsa dikatakan telah memijak bahagian yang rapuh dan tiada penyokong menyebabkan dia jatuh ke lantai dan meninggal dunia,” katanya lagi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI