fbpx

15 ahli keluarga Beego dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEEGO berharap Allah merahmati setiap mangsa yang dijangkiti mahupun meninggal dunia akibat Covid-19.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon, Beego mendedahkan seramai 15 orang ahli keluarganya di Johor Bahru dijangkiti virus Covid-19.

Beego atau nama lengkapnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 41, memaklumkan, daripada jumlah itu, bahkan yang sudah lengkap dos vaksin pun turut dijangkiti wabak maut tersebut.

“15 orang ahli keluarga saya sendiri di Johor Bahru disahkan positif (Covid-19). Yang dah lengkap dos (vaksin) pun positif. Memang sesuatu yang tidak terjangka oleh saya.

“Covid-19 is real (Covid-19 memang betul) tapi apapun, virus ini tetap akan tunduk dengan rahmat Allah SWT. Yang pergi selamanya kerana virus itu juga dalam rahmat-Nya,” katanya dalam satu hantaran status berserta video dalam Instagram.

Dakwa anggota kumpulan Phyne Ballerz itu lagi, jika Covid-19 adalah ciptaan manusia untuk mengurangkan penduduk dunia, mereka yang telah menjadi korban akan mendapat ganjaran syurga.

“Kalau benar virus ini adalah senjata biologikal untuk human thinning (pengurangan manusia). Ingatlah sentiasa, matinya seseorang itu sekiranya dibunuh agenda atau apapun sebagai seorang penganut Islam, syurgalah tempat kalian.

“Mati kerana wabak, syurga juga buat kalian. Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan takziah kepada semua kenalan yang kehilangan orang tersayang. Tolong bertabah, reda, zuhud dan istiqamah.

“Apa pun yang ada atas dunia bersama kita adalah pinjaman dari Allah SWT,” ujar Beego.

Dalam pada itu, isteri Beego yang juga merupakan seorang pelakon, Linda Hashim berkongsi berita duka apabila kehilangan ibu angkat yang sudah dianggap seperti ibu kandung sendiri iaitu Rahimah Hashim.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 50-an awal pagi semalam namun kematian bukan disebabkan virus Covid-19 berdasarkan keputusan saringan RTK-Antigen diterima.

“Tak terkata apabila dapat tahu ibu yang saya memang sangat-sangat rindu pergi ke negeri abadi pada Jumaat (semalam), hari yang mulia.

“Ibu pernah minta saya doakan dia ketika saya pergi umrah dulu supaya dia diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan kalau Allah nak ambil dia, ambillah hari Jumaat.

“Allahuakbar ibu, Allah makbul permintaan ibu. Tenanglah ibu di sana sebagai bidadari syurga. Linda sayang ibu. Semoga ayah dan semua keluarga terus kuat,” demikian luah Linda atau nama lengkapnya, Norhazlinda Hashim, 37.

Pelakon 1957: Hati Malaya itu terkilan kerana sudah lama tidak bertemu ibu angkatnya di Banting, Selangor sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI