fbpx

Segala stok dokumen pembaharuan mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna kini boleh melaksanakan urusan tanpa perlu hadir secara fizikal ke dalam premis.

PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan bahawa stok dokumen masih terkawal dan mencukupi untuk orang ramai membuat segala urusan berkaitan pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu.

Dalam pada itu, JPJ turut menyangkal dakwaan bahawa ketiadaan stok kad lesen memandu berhubung kesukaran orang ramai memperbaharui lesen memandu disebabkan janji temu yang sudah penuh.

“JPJ juga ingin memaklumkan bahawa, tindakan menghadkan jumlah pelanggan di kaunter JPJ adalah bertujuan untuk mengelakkan kesesakan orang ramai supaya dapat menghindari daripada berlakunya jangkitan wabak Covid-19 di tempat awam.

“Tindakan ini juga selaras dengan arahan Pengoperasian Pejabat Kerajaan dan keperluan untuk pematuhan SOP yang dikelurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataa tersebut, inisiatif baru yang dilakukan oleh JPJ dengan membuka perkhidmatan kaunter pandu lalu (Drive-Thru) untuk orang ramai melaksanakan urusan tanpa perlu hadir secara fizikal ke dalam premis.

“Pelaksanaan kaunter pandu lalu JPJ yang telah mula dilaksanakan pada 23 Ogos 2021 secara berperingkat di kebanyakan negeri seluruh Malaysia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai,”tambahnya lagi.

Adalah diharapkan melalui inisiatif yang dilaksanakan oleh JPJ ini dapat membantu orang ramai dalam melaksanakan urusan dengan selesa, mudah dan pantas termasuk mengelak daripada berlakunya penularan pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI