fbpx

Doktor hiba lihat bayi hilang ibu bapa akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi Dr. Emi ketika melakukan rutin lawatan dan pemeriksaan pesakit di wad.

PETALING JAYA – Seorang doktor berkongsi kisah sedih melibatkan bayi yang kehilangan ibu atau bapa akibat Covid-19 terpaksa tinggal di hospital kerana tiada sesiapa boleh menjaga mereka.

Beliau yang menggunakan akaun Facebook bernama Emi Alias berkata, kisah pertama melibatkan bayi berusia tujuh hari yang baru kematian bapa kerana dijangkiti koronavirus tahap 3 manakala ibunya tahap 5 masih diintubasi.

“Keputusan ujian calitan bayi sebanyak dua kali negatif. Bayi dalam keadaan baik. Anak-anak lain nenek yang jaga. Menurut pegawai perubatan tidak pasti neneknya boleh menjaga bayi ini atau tidak,” tulisnya dalam hantaran yang dikongsi lebih 3,400 kali.

Seorang lagi melibatkan seorang bayi pramatang berusia tujuh hari dengan ibunya yang menghidap Covid-19 tahap 5 baru meninggal dua hari sebelum itu sementara bapanya sedang dikuarantin bersama empat anak lain.

Satu lagi kisah sedih seorang bayi pramatang yang disahkan meninggal dunia dalam kandungan yang kemudiannya ibunya pula menemui ajal beberapa jam kemudian akibat Covid-19 tahap 5.

Babak kelima melibatkan tiga beradik menghidap Covid-19 tahap 1 yang datang bersama bapa mereka namun kesihatan bapanya merosot teruk dan terus ditahan di wad manakala ibunya sedang diintubasi.

“Banyak lagi senario lebih kurang begini cuma, perinciannya sahaja berlainan. Tetapi rasa sedih dan terkilannya sama.

“Buat round (lawatan dan pemeriksaan di wad) sekarang lebih ramai merenung anak-anak yatim atau yatim piatu akibat Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI