fbpx

CEO Apple terima baki gaji RM3.14 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganjaran itu dilaporkan akan menambah nilai semasa Tim Cook. -Getty

CUPERTINO, California – Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi Apple, Tim Cook dilaporkan akan memperoleh baki AS$750 juta (RM3.14 bilion) minggu ini yang merupakan ansuran terakhir dalam perjanjian gaji yang ditanda tanganinya sedekad lalu selepas menggantikan pengasas syarikat itu, Steve Jobs, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut laporan Bloomberg, Cook akan diberikan lima juta saham Apple bernilai kira-kira AS$750 juta. 

Ganjaran itu akan menambahkan lagi nilai bersih CEO itu yang ketika ini berjumlah AS$1.5 bilion (RM6.3 bilion).

Sebahagian daripada bayaran itu meliputi saham Apple yang mengungguli sekurang-kurangnya dua pertiga syarikat yang berada dalam senarai indeks tenaga S&P 500 sejak tiga tahun lalu.

Menurut Bloomberg, Cook, 60, mengambil alih jawatan CEO daripada Steve Jobs pada 2011 dengan menandatangani perjanjian pembayaran lumayan termasuk bayaran saham tahun demi tahun.

Tahun lalu, Cook memperoleh gaji sebanyak AS$14.8 juta (RM62.1 juta) dan mempunyai pilihan saham bernilai AS$281 juta (RM1.19 bilion).

Pendapatan tahunan Apple meningkat lebih dua kali ganda semasa perkhidmatan Cook dan pada Disember tahun lalu, syarikat tersebut menjadi firma AS pertama yang mempunyai nilai pasaran AS$ 2 trilion (RM8.4 trilion). – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI