fbpx

Zul jumpa Ebit, netizen sejuk hati tengok ‘hero’ Malaya bertemu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Zul Ariffin bersama Ebit Lew hari ini mengundang perhatian ramai.

PETALING JAYA – Sehari selepas berkongsi luahan hati dengan netizen, aktor kacak Zul Ariffin sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sekeping foto bersama pendakwah sensasi, Ustaz Ebit Lew.

Foto tersebut memaparkan pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin, 35, bertemu dengan Ebit namun tidak dikongsi pengisian perjumpaan mereka.

“Alhamdulillah, semalam sangat hebat (menggunakan emoji cahaya bom),” tulis pelakon filem Tombiruo itu ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, majoriti peminatnya teruja melihat dua figura tersebut bertemu.

“Alhamdulillah, sejuk mata melihat Zul bersama Ebit,” komen seorang peminatnya.

“Dua hero Malaya,” puji seorang lagi pengikut Instagramnya.

“Ceria muka Zul jumpa Ebit. Mungkin belajar agama dengan Ustaz,” tulis seorang lagi peminatnya.

Hasi tinjauan Kosmo! Online, kebanyakkan akaun yang diikuti Zul kini ke arah ketuhanan dan mengenai dakwah Islam.

Semalam, Kosmo! melaporkan Zul sebak sehingga menumpahkan air mata jantannya ketiakn kesihatan mentalnya yang tidak stabil ketika ini dalam satu siaran langsung Instagram kelmarin.

“Saya tahu (masalah) ini sukar tetapi perlu diteruskan juga hidup ini. Insya-Allah pada akhirnya destinasi kita semua satu sahaja (akhirat).

“Kita perlu melakukan yang terbaik ketika ini dan perbaiki semua perkara yang tidak bagus setiap hari,” kata bintang filem J2: J Retribusi itu.

Pelakon bertubuh kekar itu turut menitipkan nasihat buat peminat agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan dan dikuatkan iman oleh Yang Maha Esa.“Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa itu salah satu cara yang paling terbaik, kuasa doa sangat hebat,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Zul memberitahu dia berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah dalam media sosial terutama masalah peribadi.

“Saya bukan jenis yang suka menagih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedah banyak perkara juga ada keburukan dan kebaikan. Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI