fbpx

MDJ kibar 350 Jalur Gemilang pada kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridzuan memasang Jalur Gemilang pada sebuah kenderaan di Jalan Jerantut-Maran berdekatan Taman Inderapura hari ini.

JERANTUT – Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan, Majlis Daerah Jerantut (MDJ) bertindak proaktif mengedarkan kira-kira 350 keping Jalur Gemilang untuk dipasang pada kenderaan di Jalan Jerantut-Maran berhampiran Taman Inderapura di sini hari ini.

Pengerusi Infrastruktur dan Lalu Lintas MDJ, Datuk Ridzuan Mansor berkata, program itu adalah susulan daripada seruan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail agar bulan kemerdekaan disemarakkan bagi menyuntik semangat cintakan negara.

“Program ini untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dengan menyediakan sejumlah bendera Malaysia untuk dikibarkan pada kenderaan.

“Aktiviti ini merupakan pendekatan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk dan pemandu kenderaan, pada masa sama kita menasihatkan mereka supaya mematuhi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak Covid-19 masih belum pulih,”katanya di sini hari ini.

Menurut Ridzuan, kibaran Jalur Gemilang pada kenderaan itu dapat menyuntik semangat kecintaan dan nilai jati diri kepada negara yang sudah pun mencapai usia 64 tahun kemerdekaan.

Katanya, dia juga berharap penduduk di kawasan perumahan dan kampung serta premis perniagaan di daerah itu turut mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan premis masing-masing bagi menzahirkan kesetiaan kepada negara.

Sementara itu seorang pemandu, Mat Rejab Ismail,40, berkata, dia berterima kasih dan berasa bangga apabila keretanya dipasang Jalur Gemilang yang cukup signifikan untuk memeriahkan bulan kemerdekaan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI