fbpx

Kes sembuh tertinggi hari ini petunjuk positif – Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Di sebalik kes harian tertinggi hari ini, negara kembali merekodkan kes sembuh paling tinggi iaitu 22,657 kes menjadikan jumlah terkini kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 1,359,791 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh tertinggi tersebut dicatatkan dalam tempoh sebulan lepas dengan perbandingan jumlah kes discaj daripada hospital pada 25 Julai lalu adalah 1,562 dan kini meningkat kepada 2,153 orang pada 25 Ogos.

Beliau menyifatkan ia petanda positif walaupun negara mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang pandemik hari ini dengan kebanyakan kes berada pada kategori klinikal satu dan dua semasa didiagnosis, iaitu 23,939 kes atau 97.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Menurutnya, sebanyak 660 kes (2.7 peratus) pula daripada kategori tiga, empat dan lima berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19 selaras dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri.

“Sehingga semalam, sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia iaitu 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin.

“Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius.

“Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan Covid-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori tiga hingga lima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, sebanyak 35 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 20 kluster tempat kerja, sembilan kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu kluster pusat tahanan dan pendidikan lain. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI