fbpx

‘Adik Aming anak yang sangat bijaksana’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri mengucapakan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Aming yang meninggal dunia akibat sesak nafas, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak berusia lapan tahun bernama Muhammad Aming Salleh Abdullah yang meninggal dunia akibat sesak nafas, hari ini.

Beliau menerusi hantaran di laman Facebook menyifatkan Allahyarham yang popular dengan perkongsian video berbentuk nasihat merupakan seorang anak yang sangat baik dan bijaksana.

“Mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian Allahyarham adik Muhammad Aming yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

“Saya pernah membuat hantaran di media sosial berkenaan pesanan baik-baik yang disampaikan oleh Allahyarham Adik Aming pada 23 Januari lalu,” katanya sebentar tadi.

Beliau turut berharap ahli keluarga Muhammad Aming tabah menerima ujian kehilangan Allahyarham.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI