fbpx
Beberapa Orang Asli menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi program 'mopping' PPV Bergerak Orang Asli, hari ini. /FOTO FAIZ ALIF

1,700 Orang Asli di daerah Sepang sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Sebanyak 1,700 individu atau 62 peratus dalam kalangan masyarakat Orang Asli di sekitar Dengkil dan Sungai Pelek telah menerima suntikan vaksin Covid-19, di bawah program ‘mopping’ Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak Orang Asli kelolaan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang.

Pegawai Perubatan PKD Sepang, Dr. Mohd. Akil Mohd. Khailani berkata, peningkatan peratusan empat kali ganda daripada keseluruhan penduduk berjumlah 2,740 orang itu dilihat amat memberangsangkan berbanding Mei lalu yang menyaksikan hanya 15 peratus pemberian vaksin dalam kalangan masyarakat tersebut.

“Perkara ini berlaku kerana ada segelintir masyarakat Orang Asli berdepan halangan termasuk menolak untuk divaksin namun, keterbukaan mereka terhadap keperluan imunisasi sebagai perlindungan diri, selain melihat angka kes Covid-19 yang tinggi di Selangor, menyebabkan mereka mahu divaksin.

Remaja autism Orang Asli, Rizal Adis, 24, antara yang hadir menerima vaksin hari ini.

“Ditambah dengan usaha kita masuk ke perkampungan mereka untuk memberikan suntikan vaksin tanpa memerlukan mereka bergerak keluar memudahkan lagi liputan imunisasi dalam kalangan masyarakat Orang Asli,” katanya kepada pemberita pada program ‘mopping’ PPV Bergerak Orang Asli di perkampungan Sungai Melut di sini hari ini.

Mengulas mengenai program ‘mopping’ itu, Mohd. Akil berkata, sebanyak 16 perkampungan Orang Asli telah dikunjungi oleh pasukan bertanggungjawab dan perkampungan Sungai Melut adalah lokasi terakhir dengan sasaran 80 hingga 100 Orang Asli dapat diberi vaksin.

“Semalam sahaja, seramai 110 orang penduduk di Sungai Melut telah divaksinasi sekurang-kurangnya satu dos,” ujarnya sambil memberitahu, program tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) daerah Sepang bagi memastikan tiada keciciran vaksinasi berlaku melibatkan masyarakat Orang Asli.

Sementara itu, salah seorang penerima vaksin ialah pemuda autism, Rizal Adis, 24, yang berasal dari Kampung Orang Asli Bakok yang ditemani abangnya, Nazri Adis, 29, dan ibu mereka, Lia Jasen, 60.

Nazri berkata, adik dan ibunya baru berpeluang untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 kerana sebelum ini mereka berdua mengalami masalah kesihatan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

POPULAR