fbpx

Wanita, kekasih mengaku salah cederakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang ibu dua anak dan teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendedahkan anaknya yang berusia lima tahun kepada bahaya sehingga cedera dua minggu lalu.

Tertuduh, Tan Meei Yun, 30, dan teman lelakinya, Chua Wai Hon, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin.

Mahkamah bagaimanapun menangguhkan hukuman dan menetapkan 29 September depan sementara menunggu fakta penuh kes.

Berita berkaitan: Kanak-kanak lima tahun didera ibu, kekasih

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama seorang yang lain didapati mendedahkan anak kandung tertuduh wanita, sehingga menyebabkannya cedera.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Champor Garden City, Banda Hilir, dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 11.30 pagi, 14 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh kini berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI