fbpx

Kes aktif dengan kebolehjangkitan hampiri 265,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Kes aktif dengan kebolehjangkitan terus meningkat kepada 264,292 kes termasuk 1,003 sedang dalam rawatan unit rawatan rapi dan 490 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula merekodkan 20,798 kes manakala terdapat 265 kes kematian Covid-19 terdiri daripada 219 warga Malaysia dan 46 warga asing serta sebanyak 69 kes meninggal dunia di luar hospital.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18,143 kes atau 80.1 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan semalam tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Selain itu, sebanyak 478 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala sebanyak 22,164 kes (97.9 peratus) lagi daripada kategori satu dan dua berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 175 kes kategori lima dengan 150 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi, 70 kes kategori empat dengan 57 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 233 kes kategori tiga dengan 203 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

“Sebanyak 11,663 kes kategori dua dengan 9,357 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi serta 10,501 kes kategori satu dengan 8,367 kes tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” jelasnya.

Noor Hisham berkata, sebanyak 42 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti, lima kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan kesemuanya melibatkan 1,298 kes. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI