fbpx

Sembilan kematian; 69,572 kes aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,034 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, terdapat dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,464 kes.

“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Johor (4), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1), Pulau Pinang (1) dan Terengganu (1),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Sebanyak 69,572 kes aktif melibatkan 60,999 kes dikuarantin di rumah, 4,474 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,962 kes di hospital, 66 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 71 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI