fbpx

Covid-19 : Kes aktif lepasi 90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN / FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Jumlah kes aktif terus melonjak melepasi angka 90,000 dengan 94,515 kes semalam, berdasarkan data pada laman web CovidNow.

Ia melibatkan 83,906 kes dikuarantin di rumah, 5,405 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,057 kes di hospital, 68 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 79 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam masa sama, sembilan kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 32,065 kes.

“Terdapat empat kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID sebanyak 6,473 kes.

“Kesemua kematian Covid-19 tersebut dilaporkan di Perak (2), Sabah (2), Johor (1), Kedah (1), Negeri Sembilan (1), Pahang (1) dan Selangor (1),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini. -K !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI