fbpx

Kanye West mohon tukar nama jadi Ye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
West mendapat inspirasi nama baharu daripada kitab Bible. - AFP

LOS ANGELES, CALIFORNIA – Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Kanye West telah membuat permohonan mahkamah untuk menukar namanya kepada Ye, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Peguam yang mewakili bekas suami Kim Kardashian itu mengemukakan petisyen untuk menukar nama West daripada nama kelahirannya Kanye Omari West menjadi Ye.

West, 44, memberikan alasan peribadi bagi penukaran itu yang dicatat dalam dokumen undang-undang namun tidak memberikan perincian lain.

Penyanyi rap tersebut turut menamakan album studio kelapannya dengan tajuk Ye.

Permohonan menukar nama itu dijangka diluluskan oleh hakim kerana kebiasaannya, pihak mahkamah tidak mempunyai sebarang halangan mengenai tindakan itu selagi tiada bukti ia dipohon atas tujuan penipuan.

“Saya percaya ‘Ye’ adalah perkataan yang paling biasa digunakan dalam Bible yang bermaksud ‘anda’, “kata West pada 2018.

Permohonan pertukaran nama itu berlaku hanya beberapa hari sebelum pelancaran album terbaharunya,  Donda pada Jumaat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI