fbpx
Kanye West dan Kim Kardashian diraikan dalam majlis perkahwinan di Itali dan Perancis.

Lima perkahwinan termahal di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERKAHWINAN merupakan detik paling bersejarah dalam kehidupan seseorang yang pasti akan dikenang sepanjang hayat.

Mungkin ada yang lebih gemar ia diadakan secara sederhana bersama kenalan rapat dan keluarga terdekat.

Tidak kurang juga yang melangsungkan majlis serba mewah sehingga mencatatkan kos ratusan juta.

Minggu ini, Panorama menyenaraikan lima perkahwinan termahal yang pernah dicatatkan di dunia berdasarkan adunan sumber-sumber rasmi di internet.

1. Sheik Mohammed Zayed Al Nahyan dan Puteri Salama AS$100 juta (RM472 juta)

Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Bersenjata Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan menghabiskan sekitar AS$100 juta (RM472 juta) untuk majlis perkahwinannya dengan Puteri Salama pada tahun 1981.

Putera itu berkunjung ke semua bandar di UAE bagi memberi makanan. Sejumlah 20 ekor unta dihiasi dengan permata digunakan untuk memberikan hadiah perkahwinan kepada pengantin perempuan.

Sebuah stadium dengan kapasiti lebih 20,000 tempat duduk dibina khas untuk majlis itu bagi menghiburkan tetamu yang hadir selama tujuh hari. Perkahwinan itu mendapat tempat dalam senarai Forbes bagi kategori Perkahwinan Jutawan.

2. Putera Charles dan Puteri Diana
AS$70 juta (RM330.9 juta)

Putera Charles dan Puteri Diana berkahwin pada tahun 1981 dengan kos perkahwinan diraja sebanyak $70 juta (RM330.9 juta).

Upacara itu diadakan di gereja besar St. Paul. Ia disaksikan seramai 3,500 tetamu dan ditonton 750 juta masyarakat seluruh dunia.

Malah, gaun pengantin Puteri Diana mempunyai leretan terpanjang dalam sejarah dengan berukuran 7.62 meter.

Gaun kain tafeta sutera, lengan gelembung dan beropol itu turut dihiasi dengan renda, sulaman serta labuci.

Ia juga diliputi sekitar 10,000 mutiara kecil yang sempurna.

Majlis itu turut menyediakan sebanyak 27 kek. Kek utamanya setinggi 1.6 meter dan mengambil masa 14 minggu untuk disiapkan.

Perkahwinan Sheik Mohammed Zayed dan Puteri Salama merupakan yang termahal di dunia.

3. Vanisha Mittal dan Amit Bathia
AS$66 juta (RM312 juta)

Vanisha Mittal, anak perempuan kepada hartawan besi, Lakshmi Mittal selamat disatukan dengan seorang ahli perniagaan, Amit Bhatia pada tahun 2004.

Majlis perkahwinan itu diadakan di Chateau Veaux le Vicomte, Paris, Perancis.

Upacara pertunangan sebelum itu berlangsung di Istana Versailles.

Mereka diterbangkan dari seluruh dunia ke lokasi tersebut. Acara perkahwinan itu juga dimeriahkan dengan persembahan daripada para selebriti terkenal Bollywood.

Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Kylie Minogue dibayar AS$330,000 (RM1.56 juta) untuk membuat persembahan selama setengah jam. Malam terakhir perkahwinan itu dihiasi pertunjukan bunga api di atas Menara Eiffel.

4. Putera William dan Kate Middleton AS$34 juta (RM160.7 juta)

Mengikut jejak langkah ibu bapanya, majlis perkahwinan Putera William mendapat publisiti meluas dan sangat dinanti-nantikan di seluruh dunia. Putera William berkahwin dengan Kate Middleton pada tahun 2011.

Perkahwinan gilang-gemilang itu menyaksikan kehadiran seramai 1,900 orang pada majlis utama, 600 orang pada majlis makan tengah hari dan 300 orang untuk majlis makan malam.

Bunga sahaja menelan kos AS$800,000 (RM3.78 juta) dan gaun yang dipakai Kate pula bernilai AS$434,000 (RM2.05 juta).

Kedua-dua kek yang digunakan dianggarkan berharga AS$80,000 (RM378,000) dan jumlah keseluruhan perbelanjaan adalah AS$34 juta.

5. Kim Kardashian dan Kanye West
AS$30 juta (RM141.9 juta)

Selebriti dan sosialit terkenal Kim Kardashian selamat disatukan dengan penyanyi Kanye West pada tahun 2014.

Majlis perkahwinan itu mempunyai ukiran nama para tetamu yang hadir di atas meja marmar disediakan.

Pertukaran sumpah dibuat di hadapan latar belakang dinding yang dipenuhi dengan bunga bernilai AS$75,000 (RM355,000).

Kim memakai gaun Givenchy yang ditempah khas. Kedua-dua mempelai diraikan di Itali dan Perancis sepanjang hujung minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN