fbpx

Ahmad Zahid boleh hadir mahkamah 6 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Seorang doktor pakar memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi boleh menghadiri prosiding penghujahan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dijadualkan pada 6 September ini.

Pakar Perunding Sakit Intervensi, Hospital Pakar Avisena Shah Alam, Dr. Mohd. Shahir Anuar memberitahu demikian ketika menjelaskan keadaan kesihatan Presiden UMNO itu yang kini menerima rawatan tulang belakang akibat terjatuh.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengekalkan tarikh penghujahan yang telah ditetapkan semalam selepas berpuas hati dengan penjelasan pakar berkenaan.

Hakim Collin mengeluarkan sapina terhadapnya semalam agar beliau menjelaskan prosedur yang dijalankan ke atas tertuduh serta tempoh yang diperlukan untuk memastikannya benar-benar pulih bagi membolehkannya hadir pada prosiding akan datang.

Terdahulu, doktor pakar tersebut menjelaskan prosedur yang dijalankan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dan rekod perubatannya bagi membolehkan mahkamah mengetahui dengan lebih lanjut keadaan kesihatan beliau.

Menurut Mohd. Shahir, Ahmad Zahid boleh mengikuti prosiding tersebut namun beliau perlu diberi kebenaran untuk merehatkan badannya setiap 45 minit kerana pesakitnya tidak mampu duduk dalam tempoh yang lama ekoran kesakitan yang dialami.

Doktor pakar itu menjelaskan, walaupun Ahmad Zahid telah dimasukkan ke wad sejak Ahad lalu, prosedur itu hanya dapat dijalankan semalam kerana beliau mengambil ubat mencairkan darah dan pihaknya perlu menunggu selama tiga hari.

Beliau turut menjelaskan, seperti pesakit-pesakit lain, Ahmad Zahid perlu menunggu selama empat hingga enam minggu sebelum benar-benar pulih selepas menjalani prosedur. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI