fbpx

Tembakan : kertas siasatan dirujuk Timbalan Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah telah diserahkan kepada waris masing-masing dan siasatan berhubung kejadian dilakukan di bawah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kertas siasatan membabitkan kejadian tembakan sehingga mengakibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) terkorban akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kertas siasatan tersebut akan dirujuk untuk arahan selanjutnya sebaik siasatan lengkap dan laporan pakar diperolehi.

“Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Bedah siasat ke atas semua mangsa telah dijalankan dan jenazah telah diserahkan kepada waris masing-masing.

“Sampel barang kes meliputi sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA), senjata api dan kelongsong peluru telah dihantar ke jabatan kimia dan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk analisa saintifik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis juga sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi.

“Rampasan telefon bimbit milik mangsa juga telah dihantar ke forensik PDRM untuk analisa bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan selain bagi menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga,” ujarnya.

Kosmo! pada 13 Ogos lalu melaporkan, empat anggota TUDM disahkan maut dalam kejadian tembakan yang berlaku di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM, Kota Samarahan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI