fbpx

Harga telur, kambing, ayam bagi Ogos cecah paras tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit sebiji telur ayam di seluruh negara untuk bulan ini merekodkan paras paling tinggi sepanjang tahun ini, menurut data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Menerusi kenyataan jabatan itu, sebiji telur gred A dijual pada harga 44 sen, manakala gred B pula ialah 41 sen dan gred C cuma 39 sen.

Harga berkenaan lebih tinggi berbanding rekod pada Julai lalu iaitu masing-masing hanya 42 sen, 39 sen dan 36 sen manakala pada Jun lalu masing-masing 40 sen, 36 sen dan 32 sen.

Rekod harga paling rendah bagi telur gred A pada tahun ini dicatatkan pada Mei lalu iaitu 36 sen, gred B pula sebanyak 33 sen dari Mac hingga Mei dan gred C ialah 29 sen pada April.

Sementara itu, pada tahun lalu, harga sebiji telur ayam gred A yang paling murah pernah direkodkan pada minggu kedua Mac iaitu 28 sen, manakala paras paling mahal pada minggu kedua Jun iaitu 41 sen.

Dalam perkembangan sama, DVS turut melaporkan kenaikan harga runcit daging kambing bulan ini iaitu RM49.60 sekilogram, paras tertinggi untuk tahun ini dan telah bertambah lima sen berbanding pada bulan lalu.

“Paras terendah direkodkan ialah RM44.05 pada Januari lepas, namun pengiraan kali ini juga berbeza daripada tahun lalu berdasarkan harga daripada ladang integrasi dan ladang fidlot,” katanya.

Dalam pada itu, DVS turut memaklumkan harga runcit ayam bulan ini juga paling tinggi untuk sepanjang tahun ini yang tidak lagi menggunakan format lama iaitu pedaging dan kacukan, sebaliknya, harganya dibahagikan kepada jenis ayam hidup, kampung, proses standard dan super dengan sekilogram masing-masing RM6.95, RM14.90, RM8.45 dan RM9.60. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI