fbpx

Daging lembu di Indonesia RM44 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harga daging lembu dijangka boleh meningkat sehingga 180,000 rupiah (RM53.80) menjelang lebaran. - Grandyos Zafna

JAKARTA – Harga daging lembu di Indonesia melonjak kepada 150,000 rupiah (RM44.83) untuk  satu kilogram (kg) menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, lapor laman berita Detik kelmarin.

Berdasarkan tinjauan Detik di pasar-pasar basah setempat, ramai peniaga mengakui bahawa harga itu berkemungkinan boleh meningkat lagi ke paras 180,000 rupiah (RM53.80) untuk satu kilogram.

Menurut seorang peniaga bernama Oji, harga daging lembu telah naik sebanyak 10,000 rupiah (RM2.99) bagi satu kilogram daripada harga sebelumnya iaitu 140,000 (RM41.85) sekilogram ketika menjelang puasa.

“Berdasarkan maklumat daripada rumah sembelihan haiwan, kira-kira dua ke tiga hari menjelang lebaran, akan berlaku kenaikan harga sekitar 170,000 rupiah hingga 180,000 rupiah (RM50.81 hingga RM53.80) sekilogram.

“Ia bagaimanapun hanyalah jangkaan, namun kami berharap harganya tidak akan melonjak ke tahap itu.

“Susah untuk kami menjual kalau harga naik,” katanya.

Selain daging lembu, harga bawang putih dilaporkan turut melonjak sehingga mencecah 40,000 rupiah (RM11.96) sekilogram setakat ini.

“Harga bawang putih biasa kini   40,000 rupiah (RM11.96) sekilogram, padahal sebelum ini ia dijual sekitar 30,000 rupiah (RM8.97) sekilogram,” kata seorang peniaga bernama Mardi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI