fbpx

PM tinggalkan Perdana Putra selepas rakam perutusan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri melambai kepada petugas media ketika keluar dari Bangunan Perdana Putra hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Kompleks Bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 3.08 petang tadi.

Difahamkan, beliau memasuki kompleks kira-kira pukul 10.55 pagi tadi bagi membuat persediaan untuk menyampaikan perutusan pertamanya secara rakaman awal.

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri turut diringi kenderaan pengiring dan peronda polis.

Beliau sempat melambai tangan ke arah pengamal media ketika disapa di luar bangunan ketika melepasi laluan Pintu Protokol.

Bagaimanapun, cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi Ismail Sabri tidak berjaya apabila beliau dilihat sedang menjawab panggilan telefon.

Perdana Menteri kesembilan itu dijadual menyampaikan ucapan sulung beliau pada pukul 5.30 petang hari ini.

Ismail Sabri menerusi laman Facebook miliknya berkongsi poster yang memaklumkan ucapan tersebut akan disiarkan di stesen televisyen, RTM, Bernama TV, TV3, Astro Awani dan TV Al-Hijrah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI