fbpx

PM Singapura ucap tahniah kepada Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hsien Loong (kiri) dan Ismail Sabri.

PETALING JAYA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Hsien Loong berkata, beliau yakin hubungan antara Singapura dan Malaysia akan terus mekar di bawah pimpinan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Saya menghubungi Ismail Sabri hari ini untuk mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Memandang ke hadapan untuk bersemuka (dengan Ismail Sabri) dalam tempoh terdekat,” katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Dalam kenyataan berasingan di Facebook, Hsien Loong berkata, pengalaman luas Ismail Sabri dalam perkhidmatan awam dan kerajaan berupaya mengembangkan lagi hubungan Singapura dan Malaysia.

Kata beliau, Malaysia dan Singapura menikmati hubungan yang baik dalam pelbagai aspek.

“Kami memiliki banyak kepentingan bersama dan rakyat kami mempunyai talian kekeluargaan di kedua-dua negara,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI