fbpx

Masjid di Sanglang, kawasan sekitar dihadkan 12 jemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ARAU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melaksanakan akitiviti pengimarahan secara terhad kepada 12 jemaah sahaja bagi semua masjid di Sanglang dekat sini dan sebahagian kawasan sekitarnya bermula hari ini susulan peningkatan kes Covid-19 bermula hari ini.

Masjid yang terlibat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang adalah Masjid Al-Rahman, Kampung Simpang Sanglang; Masjid Al-Maghfirah, Sungai Korok dan Masjid Darul Salam, Kampung Padang Keria.

Selain itu, turut terlibat ialah Masjid Al-Makmur, Kampung Bongor Kudung; Masjid Al-Furqan, Kampung Bunga Emas; Masjid Asy-Syakur, Kampung Permatang Bongor dan Masjid Datuk Jaafar Hassan, Kampung Sungai Padang.

Sementara itu, sebahagian masjid bagi DUN Simpang Empat pula adalah Masjid Putra, Simpang Empat; Masjid Al-‘Ilmi, Sungai Berembang dan Masjid Ameer Fawwaz, Kampung Sungai Baru manakala masjid dalam DUN Guar Sanji melibatkan Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantik Bangun dan Masjid Nurul Muttaqin, Kampung Che Ok.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti peningkatan bilangan jangkitan yang tinggi di Sanglang sehingga 60 orang seperti yang dikemaskini Jabatan Kesihatan Negeri Perlis semalam.

Baginda bertitah, individu yang berada dalam kawasan terlibat adalah dilarang daripada keluar kariah untuk menunaikan solat atau hadir mengimarahkan masjid di kariah lain.

“Hanya pegawai bertugas (imam, bilal dan siak) serta jemaah yang terdiri dalam kalangan jawatan kuasa kariah masjid sahaja dengan tidak melebihi 12 orang pada satu masa dibenarkan hadir untuk melaksanakan aktiviti solat jemaah sama ada solat fardu lima waktu atau solat Jumaat.

“Hanya ahli jawatan kuasa kariah masjid yang telah divaksin lengkap 14 hari selepas dos kedua dibenarkan hadir ke masjid,” titah baginda di sini hari ini.

Titah baginda lagi, pegawai bertugas dan ahli jawatan kuasa kariah masjid dilarang untuk hadir ke masjid sekiranya terlibat dengan aktiviti rentas sempadan atau negeri sama ada dengan kebenaran atau tidak termasuk yang berulang alik bekerja pada setiap hari walaupun telah lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Mereka juga dilarang jika tingggal bersama ahli keluarga yang melakukan rentas sempadan, melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Selain itu, petugas yang terdiri daripada Individu Dalam Siasatan (PUI), Individu Yang Dijangkiti Penyakit Berjangkit (PUS) serta mereka yang memiliki risiko untuk dijangkiti juga dilarang hadir ke masjlid,” titah baginda. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI