fbpx

284 mangsa banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk mengharungi air banjir di laluan susur keluar Lebuhraya Utara Selatan di Alor Pongsu petang tadi

IPOH – Kampar menjadi daerah terbaru dilanda banjir di Perak apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Batu 20, Kampar hari ini.

Ia bagi menempatkan 10 penduduk daripada dua keluarga di kampung tersebut selepas rumah mereka dinaiki air pagi tadi.

Pembukaan PPS ini menjadikan bilangan mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada
284 orang daripada 78 keluarga setakat pukul 4 petang ini

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, bilangan mangsa banjir di daerah Kerian juga terus bertambah apabila 68 daripada 19 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu.

Menurut jurucakap itu, mereka ditempatkan di situ selepas rumah masing-masing di Kampung Matang Pasir dan Kampung Parit Simpang Lima dinaiki air tengah hari tadi.

“Mangsa yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak pula meningkat kepada 104 orang daripada 25 keluarga.

“Mereka adalah penduduk dari Kampung Matang Tengah dan sebahagian penduduk Kampung Parit Simpang Lima, Alor Pongsu,” ujarnya.

Bilangan mangsa banjir di daerah Larut Matang dan Selama pula berkurangan kepada 103 orang daripada 32 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI