fbpx

Varian Delta membiak dalam hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kajian baharu mengenai varian of concern (VOC) dominan Delta mendapati bahawa ia boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin Covid-19 sama seperti mereka yang belum divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian awal mendapati, varian Delta boleh membiak di dalam hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan tidak divaksin langsung.

“Virus yang membiak di dalam hidung ini mudah berjangkit sama seperti orang yang tidak divaksinasi.

“Ini bermaksud individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarkan virus berkenaan serta menjangkiti orang lain,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland turut mendapati tahap virus varian Delta dikesan sangat tinggi di dalam hidung seseorang indvidu itu sama ada mereka divaksin atau tidak.

Sebelum ini, Noor Hisham memaklumkan, jangkitan varian Delta boleh berlaku dalam tempoh 15 saat sahaja mengikut udara, sekali gus meningkatkan kebolehjangkitan di dalam komuniti.

Tempoh itu jauh lebih singkat berbanding pendedahan dalam tempoh kira-kira 15 minit atau jarak kurang satu meter dalam kes kontak rapat kepada individu positif Covid-19 sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI