fbpx

Pemancing tersadai tengah laut enjin bot rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot yang tersadai ditengah laut selepas mengalami kerosakan enjin di perairan Gebeng Kuantan semalam.

KUANTAN – Akibat kerosakan enjin bot, dua pemancing ‘tersadai’ di tengah laut hampir tiga jam sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang petang semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 37 dan 47 tahun keluar memancing di perairan Gebeng di sini sebelum enjin bot mereka tiba-tiba gagal dihidupkan.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Amran Daud berkata, sebaik menerima laporan daripada sub-pusat menyelamat Maritim Kuantan, sebuah bot ronda segera dihantar ke lokasi kejadian bagi elaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan SAR Maritim Malaysia Pahang mengambil masa hampir tiga jam dan berjaya menemui bot gentian kaca tersebut sekitar pukul 9 malam di kedudukan empat batu nautika di utara Gebeng.

“Semua mangsa dipindahkan ke bot Kilat, manakala bot gentian kaca itu ditunda ke jeti Sungai Ular untuk dibaiki,”katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu Amran berkata, Maritim Malaysia sentiasa bersiap-sedia memberikan perkhidmatan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat terutama komuniti laut serta agensi-agensi kerajaan yang mengalami kecemasan di laut mahu pun ditimpa bencana.

“Sebarang maklumat berkaitan kejadian kecemasan kegiatan jenayah di laut boleh terus menghubungi pusat operasi Maritim Malaysia Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI