fbpx

Wanita hadiahkan seluar dalam anti orang ketiga buat suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seluar dalam yang ditampal muka isteri dijadikan hadiah buat suami. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menjadi perhatian netizen  apabila memuat naik rakaman video pemberian hadiah unik kepada suaminya, lapor Beritahits.id, semalam.

Menurut keterangan video itu yang dimuat naik dalam aplikasi  TikTok, wanita itu memberikan seluar dalam lelaki atau boxer yang dinamakan anti perebut suami orang(pelakor) sebagai peringatan halus buat lelaki itu.

Permukaan seluar dalam itu dilekatkan dengan gambar-gambar wanita itu dengan mimik muka yang garang.

“Ini dinamakan seluar dalam anti pelakor. Ini supaya suami sentiasa beringat jika mahu melakukan perkara-perkara pelik.

“Biar semua tahu, lelaki ini ada ‘bomohnya’ sendiri,” tulis wanita itu.

Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang berasa lucu dengan sifat terlalu melindungi wanita itu terhadap suaminya.

“Kasihan, nanti kalau suaminya kentut lantas terus terkena muka si isteri yang ditampal pada seluar dalam,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI