fbpx

Vlahovic lebih berbaloi daripada Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC dikatakan alternatif yang lebih berbaloi buat City. - AFP

DUSAN VLAHOVIC

MANCHESTER City menjadikan Vlahovic yang dikatakan mempunyai yuran perpindahan bernilai €80 juta (RM395.99 juta) sebagai pilihan alternatif sekiranya gagal mendapatkan khidmat penyerang prolifik Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Dalam masa sama, penyerang Fiorentina ini turut berada dalam radar juara bertahan La Liga, Atletico Madrid yang dilaporkan sedang berusaha mengumpul dana dengan menjual ramai pemain seperti Santiago Arias, Marcos Paulo, Ivan Saponjic dan Ivo Grbic.

AOUAR (kanan) kini menjadi pemain terbaharu dalam buruan Spurs. – AFP

HOUSSEM AOUAR

PENGURUS Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo merasakan perancang tengah Lyon ini mampu menguatkan jentera serangan­nya yang berkemungkinan besar bakal kehilangan khidmat Harry Kane dalam jendela perpindahan ketika ini.

Spurs percaya harga £25 juta (RM145.46 juta) mampu meyakinkan Lyon untuk melepaskan Aouar yang kini dikatakan tidak lagi berada dalam radar Arsenal selepas melengkapkan perjanjian de­ngan bintang Real Madrid, Martin Odegaard bernilai £30 juta (RM174.55 juta).

PJANIC terdesak untuk kembali menyertai Juventus. – MIRALEM PJANIC

MIRALEM PJANIC

JUVENTUS berca­dang untuk membeli se­mula khidmat pemain tengah Barcelona ini yang dianggarkan bernilai £6 juta (RM34.9 juta) sebelum jendela perpindahan ditutup pada 31 Ogos nanti.

Bagaimanapun, The Old Lady perlu menjual Aaron Ramsey de­ngan harga £12.6 juta (RM73.31 juta) terlebih dahulu supaya mempunyai dana men­cukupi untuk membayar gaji ming­gu­an Pjanic ber­jumlah £271,000 (RM1.57 juta).

SABITZER (tengah) semakin hampir berkelana ke Bayern Munich. – AFP

MARCEL SABITZER

BINTANG RB Leipzig ini bakal dijual dalam tempoh terdekat kepada Bayern Munich untuk kembali membuat reunion bersama ketua jurulatih pasukan itu, Julian Nagelsmann.

Leipzig tidak mempunyai pilihan selain menjual kapten skuad antarabangsa Austria ini de­ngan harga €42 juta (RM207.90 juta) yang dilihat masih meng­untungkan daripada ‘berputih mata’ kehilangan­nya secara percu­ma sebaik tamat kontrak hujung musim ini.

PEDRO bakal ditamatkan kontrak oleh Roma. – AFP

PEDRO

PENGENDALI Lazio, Maurizio Sarri bersedia menyelamatkan karier Pedro yang dikatakan bakal ditamatkan kontraknya oleh AS Roma kerana namanya tiada dalam perancangan ketua jurulatih pasukan itu, Jose Mourinho musim ini.

Walaupun sudah berusia 34 tahun tetapi Sarri dilihat masih mempercayai kemampuan Pedro yang bakal mencipta sejarah unik dalam bola sepak era moden Itali sebagai pemain pertama menyarung jersi Lazio daripada Roma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI