fbpx

Tidak lengkap divaksin tapi berani rentas daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (dua dari kiri) mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan bersama PDRM di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, hari ini.

IPOH – Seramai 14 individu yang didapati belum lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang atas kesalahan merentas daerah.

Kesemua mereka juga tidak memiliki surat kebenaran rentas daerah semasa diperiksa dalam sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesalahan itu direkodkan sejak 10 Ogos lalu susulan kebenaran diberikan kepada penerima vaksinasi lengkap di negeri-negeri fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kesalahan kompaun itu bukan saja kerana tidak mempunyai surat kebenaran rentas daerah, malah mereka juga didapati belum lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

“Ini termasuk seorang individu setelah dia gagal membuktikan telah lengkap divaksinasi kerana tidak membawa telefon bimbit semasa ditahan di SJR,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mes Pegawai Kanan PDRM Perak, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak, Khairul Shahril Mohamed.

Mengulas lanjut beliau berkata, hanya satu kompaun berkaitan kesalahan ‘dine-in’ dikeluarkan di Ipoh selepas seorang pelanggan didapati tidak lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI