fbpx

Peruntukan RM5 juta pulihkan kawasan terjejas kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pembaikan tebing sungai dan pembersihan telah dilaksanakan di Sungai Gurun, pagi ini.

ALOR SETAR – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan bantuan segera hampir RM5 juta bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan infrastruktur yang rosak akibat kepala air dari Gunung Jerai dalam kejadian pada Rabu lalu.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, peruntukan tersebut telah digunakan serta merta bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dijalankan dengan segera.

“Kerja-kerja pembaikan melibatkan kerosakan sistem bekalan air, sistem saliran dan pengairan serta tebatan banjir.

“Manakala pihak kerajaan negeri akan memperbaiki segera kerosakan infrastruktur seperti bekalan elektrik, sistem perparitan, jalan raya dan jambatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga telah menyelaras kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air termasuk menggerakkan anggota 60 Rejimen Pakar Air RAJD (AW), bantuan lori tangki operator air untuk penghantaran bekalan air dan pengagihan bantuan 1,000 botol air minuman kepada penduduk terjejas.

Sementara itu, menurutnya, dua punca utama yang dikenal pasti menyebabkan kejadian banjir adalah hujan lebat luar biasa dalam tempoh singkat di kawasan puncak Gunung Jerai serta halangan sampah sarap, kayu dan reba pokok yang tersangkut pada binaan struktur jambatan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI