fbpx

Kerajaan Sabah ucap tahniah kepada Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji Noor.

PETALING JAYA- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 hari ini.

Hajiji juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, kerajaan Sabah menyokong penuh Ismail Sabri dan mengharapkan hubungan antara negeri dan Persekutuan dapat membuahkan hasil.

“Ia bukan sahaja untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri tetapi juga antara lain mengambil kira hak-hak Sabah.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah sentiasa diteruskan,” katanya hari ini.

Jelasnya lagi, pelantikan Ahli Parlimen Bera itu sebagai Perdana Menteri telah menyelesaikan pergolakan kepimpinan yang berlaku di peringkat Persekutuan.

“Sekarang pergolakan kepimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan, marilah kita semua bersatu, ketepikan perbezaan dan terus bergerak untuk memerangi Covid-19 selain membangunkan ekonomi kembali,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI