fbpx

Gelandangan berdepan hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ponloganadhan ketika hadir di Mahkamah Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang gelandangan lelaki warga India berdepan tali gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini atas pertuduhan membunuh wanita warga emas di Taman Sri Muda di sini, bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh, P.Ponloganadhan,60, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh Chua Shew Hoo, 63, di lorong belakang sebuah kedai di Jalan Damai 25/60 Taman Sri Muda, antara pukul 1.12 hingga 2 pagi, 26 Julai lalu.

Sabit kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan mangsa yang juga gelandangan itu berasal dari Klang dekat sini.

Tertuduh diwakili Peguam Thiru Logeswary itu turut didakwa di Mahkamah Sesyen kerana merogol mangsa sama pada waktu, lokasi dan tarikh yang sama di hadapan Hakim Helina Datuk Sulaiman.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga India direman tujuh hari bermula 9 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI