fbpx

Empat PPS tempatkan mangsa banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa dari sebuah kampung di Jalan Changkat Jong malam semalam.

IPOH – Hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di tiga daerah dinaiki air manakala penduduk terjejas dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, seramai 136
mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan ke empat PPS di Larut Matang Selama, Kerian dan Teluk Intan.

Menurut jurucakap itu, jumlah tersebut adalah sehingga pukul 9 malam ini.

“Paling ramai di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang dengan 101 daripada 32 keluarga.

“Mereka dipindahkan dari Kampung Sungai Rentaka Matang, Kampung Jabor Kiri, Kampung Changkat Baru dan Kampung Malawati,” ujarnya.

PPS lain ialah di Dewan Orang Ramai Sungai Baru melibatkan 11 penduduk Kampung Sungai Nyior manakala sebuah lagi ialah PPS SK Changkat Lobak dengan 17 mangsa.

Di Teluk Intan, PPS yang dibuka ialah Dewan Sekolah Menengah Smart Batu 4 Jalan Changkat Jong dengan tujuh mangsa dipindahkan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI