fbpx

Wanita Afghanistan terdesak, lempar bayi untuk diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada video yang menunjukkan bayi diangkat ke udara dan ditolak ke arah tepi pagar yang mempunyai kawat berduri oleh beberapa orang penduduk. - Twitter

KABUL – Penduduk Afghanistan semakin terdesak untuk meninggalkan negara itu sehingga ada yang sanggup cuba untuk melempar bayi bagi melepasi kawat berduri di lapangan terbang Kabul, lapor akhbar Mirror UK hari ini.

Menerusi satu video yang tular di media sosial, sekumpulan penduduk dilihat sedang bersesak di tepi sebuah pagar yang mempunyai kawat berduri di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

Mereka dilaporkan cuba untuk memasuki lapangan terbang bagi melarikan diri dari negara itu dengan menaiki pesawat yang disediakan.

Seorang bayi kemudiannya dilihat diangkat ke udara dan ditolak ke arah tepi pagar oleh beberapa orang penduduk.

“Penduduk terdesak untuk menyelamatkan diri daripada tentera Taliban sehingga mereka terpaksa menolak bayi dan kanak-kanak ke arah pagar di lapangan terbang Kabul,” tulis seorang pengguna media sosial yang berkongsi video tersebut.

Menurut laporan laman berita Sky News, seorang pegawai kanan mengesahkan kejadian itu dan menceritakan mengenai keadaan huru-hara tersebut.

“Ia amat teruk. Wanita cuba melempar bayi mereka bagi melepasi kawat berduri dan merayu kepada askar untuk mengambil anak-anak mereka.

“Ada antaranya yang terkena kawat berduri tersebut,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Fatima berkata, suaminya menyertai kumpulan Taliban dan memukulnya ketika dia cuba melarikan diri dari Afghanistan.

Wanita itu yang berjaya melepasi pagar kawat berduri selepas menarik tangan anak perempuannya berkata, dia ingin keluar dari negara itu dan pergi ke mana-mana sahaja.

“Ke mana-mana sahaja! Ke mana-mana negara!” katanya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI