fbpx

Selangor pinjamkan 500,000 vaksin kepada CITF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bersetuju meminjamkan 500,000 dos vaksin yang dimilikinya kepada Badan Bertindak Covid-19 Kebangsaan (CITF).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu hasil perbincangan beliau bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah supaya dapat digunakan di kawasan dan negeri yang mengalami peningkatan kes yang mendadak dengan kadar vaksin yang kurang.

“Vaksin yang dipinjamkan itu akan diberikan kepada negeri yang kekurangan stok vaksin mengikut data yang CITF.

“Rakyat Selangor tidak perlu risau berikutan kerajaan negeri masih mempunyai stok vaksin yang mencukupi untuk Program Vaksin Selangor (SelVAX),” katanya dalam satu sidang akhbar secara maya, hari ini.

Kata beliau, CITF Kebangsaan akan memulangkan peminjaman dos vaksin ini kemudian sebagai persediaan kemungkinan keperluan tambahan suntikan dos vaksin ataupun ‘booster dose’.

Amirudin memberitahu, kerajaan negeri yakin mampu beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan mencapai imuniti berkelompok pada bulan depan.

Ujarnya, hal ini dibuktikan dengan kira-kira 98 peratus rakyat Selangor telah menerima satu dos vaksin sehingga hari ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) serta (SelVAX). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI