fbpx

Pusat pemotongan gelang pandu lalu dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas memotong gelang secara pandu lalu di Pusat Pemotongan Gelang di Parkir Laman Extreme, Pasir Gudang, Johor hari ini.

Oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebuah pusat pemotongan gelang dibuka di tapak parkir, Laman Xtreme, Pasir Gudang di sini mula beroperasi hari ini.

Pemotongan secara pandu lalu ini yang pertama seumpama ini membolehkan orang ramai yang memakai gelang bagi kes Covid-19 dan kontak rapat yang telah tamat tempoh kuarantin datang tanpa perlu turun dari kenderaan.

Ketua Pakar Perunding Perubatan Keluarga Johor merangkap Ketua Pusat Sehenti Penilaian Covid-19 (OSCAC) Pasir Gudang Dr. Rohayah Abdullah berkata, kira-kira 500 pemakai gelang telah hadir ke pusat berkenaan.

“Pembukaan pusat baharu ini memudahkan orang ramai untuk memotong gelang secara pandu lalu, termasuk mereka yang berjalan kaki dan menaiki motosikal.

“Pemotongan gelang di sini melibatkan mereka yang mempunyai kes positif Covid-19 yang telah disahkan dan cukup tempoh kuarantin serta kontak rapat yang mempunyai dua keputusan swab negatif hingga hari ke-10,” katanya kepada pemberita di sini.

Dr. Rohayah turut berpesan dan mengingatkan orang ramai yang berurusan di sini agar mengisi segala maklumat sebelum datang untuk membuat pemotongan gelang.

Waktu operasi yang bermula hari ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dari Khamis hingga Sabtu termasuk cuti umum, manakala waktu operasi hari Ahad hingga Rabu bermula pukul 2 hingga 5 petang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI