fbpx

Kes varian Delta meningkat di New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA jalan utama di Wellington lengang selepas New Zealand mengumumkan perintah berkurung akibat penularan kes Covid-19 terbaharu di negara itu. – AFP

WELLINGTON – New Zealand melaporkan kejayaan mengesan sumber wabak yang membawa kepada pelaksanaan perintah berkurung Covid-19 dengan Perdana Menteri, Jacinda Ardern menyifatkan penemuan itu dapat membantu “membasmi” virus tersebut.

Pegawai-pegawai kesihatan berusaha mengenal pasti bagaimana seorang lelaki Auckland dijangkiti Covid-19 minggu ini sekali gus mengakhiri enam bulan tanpa kes komuniti di New Zealand.

Beberapa ujian menunjukkan lelaki itu dijangkiti varian Delta yang ditemui di Australia, manakala Ardern berkata, siasatan mendapati punca jangkitan adalah melibatkan seorang individu yang tiba dari Sydney pada 7 Ogos lalu.

Beliau berkata, lelaki itu  dikuarantin dan dirawat di hospital sejak tiba di New Zealand sekali gus menunjukkan virus itu bukan sudah lama menular dalam masyarakat seperti yang dibimbangkan sebelum ini.

“Kami yakin kami telah menemui jawapan yang kami cari,” kata Ardern kepada wartawan.

Beliau berkata, penemuan sumber wabak itu juga meningkatkan ‘kemampuan untuk mengepung, mengunci dan menghapuskan virus tersebut.’

Dalam perkembangan berkaitan, jangkitan Covid-19 akibat varian Delta meningkat daripada 11 kes semalam kepada 21 kes hari ini.

Ardern mengarahkan pelaksanaan perintah berkurung Covid-19 di seluruh negara selama  tiga hari selepas kes pertama muncul kelmarin.

Beberapa kawasan menyaksikan perintah berkurung itu dilanjutkan selama seminggu termasuk Auckland dan Coromandel.

Kes pada Selasa lalu adalah yang pertama di New Zealand dalam tempoh 15 bulan. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN