fbpx

Caprice kongsi emoji ‘popcorn’, apa maksudnya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE yang kini masih berada di Mesir berkongsi emoji berbentuk 'pop corn' menerusi Instagramnya hari ini.

PETALING JAYA – Aktivis kemanusiaan, Carprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli berkongsi satu hantaran status yang menimbulkan tanda tanya ramai menerusi satu entri Instagram Story hari ini.

Tanpa sebarang penjelasan disertakan pada status berkenaan, Caprice, 33, hanya berkongsi satu emoji berbentuk ‘popcorn’ (bertih jagung) yang seperti menggambarkan dirinya sedang menyaksikan satu per satu pendedahan atau drama sedang dikupas di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, netizen mula menyelongkar kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan lelaki yang terkenal dengan cogan kata, ‘Bang Bang’ itu dalam laman Instagramnya.

Caprice sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi: “Alhamdulillah, one by one the truth will be revealed (satu persatu kebenaran akan didedahkan). We pray, we learn, we move on (Kita berdoa, kita belajar, kita teruskan).”

Bagaimanapun, apa yang dikongsikan Caprice itu berkemungkinan merujuk kepada tampuk pemerintahan negara yang dijangka bertukar tangan dalam waktu terdekat apabila pelantikan Perdana Menteri baharu diumumkan.

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pendakwah terkenal, Ebit Lew hadir  memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung satu dakwaan gangguan seksual di Bukit Aman.

Pendakwah bebas itu dilihat keluar dari pintu utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu pada pukul 2 petang. Menurut beliau, rakaman percakapan itu mengambil masa satu jam.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), JSJ Bukit Aman.

Terdahulu, hubungan Caprice yang juga pemuzik rap itu bersama Ebit dikeruhkan dengan satu permasalahan yang timbul berikutan misi bantuan dan kemanusiaan ke Gaza, Palestin- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI