fbpx

Aaron Chia terima insentif RM53,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUN MOHD. ALI (dua dari kanan) bersama Sulaiman (kanan) dan Mohd. Rafiq (kiri) bergambar dengan Aaron selepas majlis penyampaian insentif di Pejabat Yang Dipertua, Ayer Keroh semalam. – DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia menerima insentif berjumlah RM53,000 daripada Kerajaan Negeri Melaka semalam.

Pengerusi Jawatankuasa NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, ganjaran itu diberikan susulan anak kelahiran Melaka itu telah mengharumkan nama Malaysia.

Jelasnya, insentif berjumlah RM50,000 itu merupakan ganjaran imbuhan di bawah Skim Hadiah Insentif Kemenangan Negeri Melaka, manakala RM3,000 adalah sumbangan kerajaan negeri sebagai tanda penghargaan kepadanya me­nyertai temasya sukan terbesar dunia itu.

“Kerajaan negeri amat berbangga dengan pencapaian dan usaha yang diberikan oleh Aaron Chia dan bersetuju untuk memberikan insentif ke­seluruhan bernilai RM53,000,” katanya semalam.

Terdahulu, acara penyam­paian insentif kepada atlet-atlet kelahiran Melaka menyertai dan memenangi pingat Olimpik Tokyo 2020 disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam. Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Turut menerima wang sagu hati bernilai RM3,000 pada majlis itu adalah dua lagi atlet wanita iaitu Goh Liu Ying yang mewakili acara beregu campuran dan Lee Meing Yean bagi acara beregu wanita.

Sementara itu, insentif yang diterimanya itu akan dijadikan pembakar semangat serta motivasi untu mencipta lebih ba­nyak kemenangan dalam kejohanan antarabangsa yang lain.

“Selepas ini saya akan balik semula ke Kuala Lumpur untuk fokus kepada latihan bagi menghadapi saingan Piala Thomas dan Piala Sudirman.

“Memang sedikit tertekan kerana ramai peminat sukan meletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan pingat emas, namun saya akan anggap tekanan itu sebagai motivasi untuk terus berjuang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI