fbpx

Rangkaian kamera web untuk gaya kerja hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANDEMIK Covid-19 telah menyebabkan gaya kerja hibrid menjadi norma baharu di seluruh dunia.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia mengubah norma kehidupan kita semua termasuk cara bekerja.

Kini model kerja hibrid iaitu menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh atau bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu di Malaysia bagi mengekang penularan wabak maut itu.

Gaya kerja hibrid itu dilihat akan terus berterusan pada masa hadapan.

Maka, tidak hairanlah penggunaan kamera web diperlukan bagi mereka yang bekerja secara jarak jauh sama ada untuk bermesyuarat atau pun membuat janji temu dengan pelanggan secara online.

Justeru, bagi memberikan hasil terbaik untuk tujuan berkenaan, pengeluar peranti audio terkemuka dunia, Jabra melancarkan produk terkini mereka.

Produk yang dinamakan Jabra PanaCast 50 iaitu palang atau bar video pintar pertama di dunia yang direka khusus untuk pekerjaan jarak jauh serta kamera web pintar peribadi Jabra PanaCast 20.

Pengurus Jabra Malaysia dan Brunei, Gladys Kong berkata, kedua-dua peranti itu diyakini dapat menawarkan pilihan terbaik dan sesuai dengan keperluan semasa serta trend gaya kerja hibrid pada masa kini.

“PanaCast 50 iaitu bar video pertama menawarkan gabungan inovasi sistem audio Jabra terbaik dunia, sudut pandangan 180 darjah dan keupayaan menilai keadaan atau suasana di bilik mesyuarat.

“Inilah masa terbaik untuk mewujudkan ruang pejabat yang ideal seiring dengan keperluan dan trend gaya kerja hibrid,” katanya.

JABRA PanaCast 50 dilengkapi dengan teknologi pengimejan kecerdasan buatan (AI).

Menurutnya, direka khusus dengan sistem audio terunggul dunia, video dan keluasan sudut pandangan 180 darjah, produk ini turut dilengkapi teknologi pengimejan kecerdasan buatan (AI) tercanggih bagi menjadikan sesi mesyuarat atau telesidang lebih jelas dan terang.

Selain itu, peranti itu juga mudah berfungsi melalui platform Microsoft Teams, Microsoft Teams Rooms, Zoom, dan Zoom Rooms.

Dalam pada itu, PanaCast 50 menerusi teknologi pengimejan AI berupaya mengesan dan menentukan fokus kamera pada individu yang sedang bercakap.

Peranti ini hadir dengan tiga kamera 13-megapixel dan turut menawarkan sudut pandangan 180 darjah menerusi teknologi Panoramic-4K.

Pada masa sama, menerusi teknologi penyepaduan video, peranti ini memanfaatkan kecanggihan algoritma bagi menyepadukan tiga penstriman video masa nyata secara serentak.

Menerusi peranti ini juga, penstriman dua video boleh dilakukan pada masa yang sama.

Satu video ditumpukan pada peserta mesyuarat, manakala video kedua pula menunjuk aspek lain yang penting seperti papan putih.

Papan putih terbina dalam PanaCast 50 memudahkan kandungan video dirakam dan distrim secara langsung.

Kandungan papan putih boleh dilihat dengan mudah, sekali gus menyenangkan peserta mengikuti perbincangan mesyuarat.

Sementara itu, bagi peranti PanaCast 20 pula, ia direka dengan saiz kompak dan mudah alih serta menjanjikan kualiti video lebih bermutu tinggi bagi mereka yang bekerja dari rumah.

JABRA PanaCast 20 direka dengan saiz yang kompak dan mudah alih.

Tanpa perisian tambahan atau pemprosesan data menerusi pengkomputeran awan, produk ini memanfaatkan kuasa pemprosesan Edge berteknologi pengimejan AI terbina dalam.

Justeru, pengguna dapat merasai pengalaman terbaik dan menyeluruh tanpa risau tentang aspek
pencerobohan keselamatan, selain kepantasan dan ketepatan fokus yang lebih baik.

Selain itu, penutup lensa dengan ciri terbina dalam adalah lebih selamat bagi mencegah ia terbuka tanpa sengaja seperti yang terdapat pada produk jenama lain sebelum ini.

Bagi memenuhi keperluan pekerja jarak jauh, aspek keselamatan dan kualiti video serta gambar amat penting.

Untuk itu, berbekalkan inovasi teknologi Video HD Ultra 4K, Video HDR serta fungsi Intelligent Zoom yang boleh disuai padan mengikut keperluan, kamera web PanaCast 20 pantas merakam pengguna utama dengan tepat.

Kualiti pencahayaan juga boleh dilakukan secara automatik dan tepat bagi menawarkan penstriman video yang lebih terang dan jelas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI