fbpx

‘Mulanya terhibur tetapi lama-lama rasa meluat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ (tengah) menegur segelintir orang awam yang berpakaian pelik ketika hadir ke janji temu suntikaN vaksin di PPV.

PETALING JAYA – Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan fesyen dan penampilan pelik sehingga mencuri perhatian ramai.

Terpanggil untuk memberi komen tentang hal tersebut, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, 36, menegur orang ramai agar memilih pakaian mengikut kesesuaian keperluan ketika menghadiri janji temu di PPV.

Ujarnya, orang ramai tidak perlu tampil dengan kostum pelik semata-mata untuk melakukan gimik di lokasi awam.

TANGKAP layar hantaran InstaStory Hafiz mengenai isu fesyen pelik ke PPV.

“Pakailah elok-elok untuk ambil vaksin. Vaksin saja pun. Tak perlu gimik sampai kena pakai baju kelawar isteri, jadi hantu atau sebagainya.

“Saya tak tahu adakah tindakan tersebut merupakan strategi pemasaran atau apa. Awal-awal macam terhibur, lama-lama rasa meluat pula,” katanya dalam satu hantaran InstaStory.

Antara orang ramai yang hadir dengan fesyen pelik di PPV.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Mohammad Hafiz Hamidun itu tidak memberitahu secara terperinci kostum mana yang dianggap sebagai gimik ketika hadir menerima vaksin.

Terdahulu, tular pelbagai gaya fesyen dan pemakaian kostum pelik serta lucu menyerupai watak dalam filem yang dipakai segelintir penerima vaksin ketika hadir ke PPV.

Antara fesyen yang mencuri perhatian ramai ialah individu memakai kostum watak Valak iaitu hantu dalam filem The Conjuring dan lelaki yang hadir memakai pakaian wanita iaitu baju kelawar. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN