fbpx
SEKUMPULAN individu yang didapati gagal patuh SOP Fasa Dua PPN ketika aktiviti riadah di Bukit Bangkong, Tanah Hitam dekat Chemor, Ipoh kelmarin.-Foto MEDIA SOSIAL

Polis siasat sekumpulan individu gagal patuh SOP ketika riadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Tindakan sekumpulan individu yang melanggar pematuhan prosidur operasi standard (SOP) ketika beriadah di Bukit Bangkong, Tanah Hitam dekat Chemor kelmarin sedang disiasat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan dilakukan susulan video kejadian itu tular setelah dimuatnaik di media sosial.

“Kita memandang serius kandungan video tersebut kerana kelihatan beberapa individu sedang beriadah secara berkumpulan dan gagal mengikut pematuhan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara yang sedang berkuatkuasa di negeri ini.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Peraturan 7, Akta 342 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, orang ramai diingatkan agar mengikut pematuhan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak risiko penularan wabak Covid-19 dalam komuniti.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati gagal mematuhi SOP dengan mengeluarkan kompaun mengikut kategori ketidakpatuhan di bawah Akta 342.

“Aduan atau maklumat mengenai ketidakpatuhan SOP di Ipoh boleh dihantar melalui Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2542222 atau ketua polis daerah Ipoh menerusi emel [email protected],” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR