fbpx

Ketua parti selesai menghadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara.

KUALA LUMPUR – Ketua-ketua parti selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah berlangsung kira-kira dua jam.

Difahamkan, semua Ahli Parlimen diminta untuk mengemukakan satu surat akuan berkenaan calon Perdana Menteri pilihan mereka.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, ketua parti telah tiba di Istana Negara setakat pukul 2 petang di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir antara pemimpin terawal yang tiba pintu 2 Istana Negara.

Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong itu kemudiannya disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Turut hadir dalam sesi tersebut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI